APA ITU 'AFFILIATES MARKERTING' ATAU PEMASARAN AFFILIATE?
Assalamualaikum..
Pada tajuk 'post' kali ini saya akan menerangkan kepada anda tentang 'affiliate markerting'. Mesti masih ada dalam kalangan anda yang masih tidak tahu lagi apa itu ‘affiliate’ kan? Affiliate merupakan satu program di mana anda mempromosikan produk milik orang lain,dalam erti kata lain anda tidak perlulah menyimpan atau memiliki produk tersebut. Tugas anda hanya mempromosikan sahaja dan apabila ada orang yang beli anda akan dibayar komisen. Komisen yang dibayar itu adalah bergantung kepada barang yang anda promosikan. Affiliate lebih kurang sama dengan ‘dropship’.
Namun, dengan sistem
‘dropship’ anda perlu menyimpan wang yang dibayar oleh pelanggan hasil daripada
pembelian produk tersebut. Wang itu kemudian anda akan simpan dan bayar balik
kepada peniaga atau pemilik produk tersebut dengan harga agen. Sebagai
contoh,anda menjadi agen ‘dropship’ bagi sesuatu produk dengan harga agen yang
diberikan kepada anda sebanyak RM 150 dan anda menjual balik produk tersebut
dengan harga RM 190+postage,jadi keuntungan anda adalah sebanyak RM 34. Tetapi,
dengan sistem ‘affiliate’ ini anda tidak perlu menerima bayaran daripada
pelanggan atau menguruskan pembelian produk. Semua itu pemilik produk yang
menguruskan semuanya. Tugas anda hanya mempromosikan produk tersebut.
Bagaimana affiliate berfungsi?
Affiliate berfungsi apabila seseorang mengklik link affiliates anda,seterusnya dia membeli melalui link anda,maka itu dikira sebagai jualan yang telah anda lakukan. Dan anda akan mendapat komisien [wang imbuhan] hasil penat lelah awak mempromosi dan sebagainya. Affiliate xmemerlukan modal,tiada risiko dan yang penting halal.Bagaimana nak daftar?
Kebiasaannya,anda boleh cari/lihat di bahagian bawah sesuatu laman web jualan. Ada link untuk mendaftarkan diri anda di situ. Pastikan maklumat diri anda tepat untuk mengelakkan kesulitan antara anda dan juga penganjur.Errr…bagaimana sekiranya tiada link tu? Anda boleh menghantar email untuk bertanyakan kepada tuan empunya laman web sekiranya beliau membuka affiliate untuk produknya.Saya pasti beliau akan menjawab pertanyaan awak untuk menjadi ejen jualan langsung untuk produknya.
Affiliate di internet sebenarnya menguntungkan untuk beginner bermula dalam bidang perniagaan. Hal ini kos adalah zero untuk mendaftar ejen affiliate.Semuanya percuma sahaja.
*jika anda menggunakan iklan berbayar,maka itu adalah kos untuk anda
*mempromosi di laman sosial seperti facebook,twitter dan blog adalah percuma
Ini adalah maklumat ringkas kepada pertanyaan “apa itu affiliate?” penerangan ini hanyalah secara ringkas sahaja. Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih banyak lagi tentang affiliate saya sarankan anda menyertai webinar@video ini yang akan menerangkan secara lebih detail lagi tentang affiliate. Klik sini untuk daftar webinar.Cuma masukkan tarikh,masa,nama dan email yang sah untuk pendaftaran.Semuanya percuma.
No comments:
Post a Comment